Fasha Sandha selamat lahirkan bayi sulung

Astro Awani
April 15, 2013 12:27 MYT
Penantian untuk bergelar seorang ibu oleh Nur Fasha Sandha binti Hassan atau Fasha Sandha telah berakhir apabila selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi.
Bayi sulung Fasha, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan pada jam 9.21 pagi tadi di Hospital Prince Court, menurut laman sosial peminat Facebooknya.
Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, telah mendirikan rumah tangga pada 28 April 2012 dan menimang cahaya mata kurang setahun dari tarikh perkahwinan.
Jejai juga berkongsi rasa gembira dan syukurnya sewaktu menyambut cahaya mata sulung bersama Fasha dalam akaun twitternya bersama peminat-peminat.

Baby boy safely delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamdullilah syukur kepada Allah.

— Rizal Ashram Ramli (@RizalAshramRNT) April 15, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bayi lelaki #Fasha Sandha #ibu #Jejai
;