Fasha merempit dengan bakal suami ke stadium

Gempak
Disember 12, 2018 16:58 MYT
MANIS sungguh Fasha Sandha bersama tunangnya, Aidil Aziz menonton perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
AKTRES jelita, Fasha Sandha berkongsi sebuah video menaiki motosikal bersama tunangnya, Aidil Aziz untuk menyaksikan perlawanaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam malam tadi.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Demi Malaysiaku tercinta, tak sempat nak bersiap melawa, tak mengapa asalkan tak lambat.
"Merempit dengan Encik Tunang ke stadium, video ni diambil sebelum sampai ke stadium," tulis Fasha sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat Fasha dan Aidil dan mengatakan mereka kelihatan sweet bersama.
"Sweet sangat.
"Comel lah korang berdua, semoga happy selalu.
"Sweet lah Fasha dan Aidil ni," tulis netizen.
Perlawanan malam tadi menyaksikan kesudahan kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2.
Sementara itu, final kedua Piala AFF Suzuki 2018 akan diadakan di Hanoi pada Sabtu ini bagi memuktamadkan milik siapa gelaran Raja Asia Tenggara bagi edisi kali ini.
#Aidil Aziz #bakal suami #bola sepak #Fasha Sandha #merempit #pelakon #Piala AFF Suzuki 2018 #tunang
;