Fasha hitung hari bergelar ibu
Astro Awani
Mac 13, 2013 12:34 MYT
Mac 13, 2013 12:34 MYT
Fasha Sandha kini menghitung hari untuk bergelar ibu. Aktres popular itu dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada April namun masih merahsiakan jantina bayinya.
Fasha kini sarat mengandung lapan bulan lebih. Dia bersyukur tidak mengalami kesukaran sepanjang proses kehamilan.
Aktres berusia 28 tahun ini berharap dapat bersalin secara normal dan merancang menjalani pantang selama 100 hari di Kuala Lumpur.
Fasha juga akan terus aktif selepas selesai berpantang apatah lagi dia dilantik sebagai duta satu produk pelangsingan.
Fasha melangsungkan perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April tahun lepas.