Fasha enggan anak-anak tahu 'kisah' perceraian dengan Jejai
Gempak
Disember 17, 2018 12:40 MYT
Disember 17, 2018 12:40 MYT
SEKALIPUN berlaku perpisahan antara dia dengan bekas suami, namun itu bukan alasan untuk aktres Fasha Sandha membataskan kasih sayang Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3, dengan bapa mereka, Rizal Ashram atau Jejai.
Bagi Fasha, dia dan Jejai sepakat bahawa adalah tidak adil untuk mengheret anak-anak mereka yang masih kecil dalam kemelut yang dihadapi mereka.
Dalam masa sama, Fasha dan Jejai akan berusaha melakukan yang terbaik demi kedua-dua cahaya mata mereka
“Penceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.
“Walau apa juga ‘kisah’ di sebalik penceraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah,” tulis Fasha berkongsi perasaan dalam laman sosial Instagram peribadinya.
Menerusi entri tersebut, Fasha turut memuat naik fotonya bersama Jejai dan anak mereka.
Luahan rasa Fasha mendapat pujian daripada peminat dan rakan artis.
Rata-rata kagum dengan pendirian Fasha sebagai ibu yang cuba memberi kebahagiaan sebaiknya buat anaknya.
Fasha dan Jejai mendirikan tumah tangga pada 27 April 2012. Bagaimanapun, kedua-dua mereka bercerai pada 20 Januari 2016 selepas tidak memiliki persefahaman.
Sebelum Fasha, Jejai pernah bekahwin dengan pelakon Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.
Fasha juga bakal menamatkan zaman jandanya tahun depan selepas mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Aidil Aziz yang juga seorang pelakon pada 18 November lalu.