Farid Kamil, Diana Danielle timang putera sulung
Astro Awani
Julai 3, 2013 09:37 MYT
Julai 3, 2013 09:37 MYT
Pelakon tempatan Diana Danielle selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Sydney, Australia.
Suaminya, Farid Kamil berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar cahaya mata sulungnya di laman instagramnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) David Teo yang dihubungi Gala TV mengatakan Farid menghubunginya menerusi applikasi Line ketika berada di hospital bersama isterinya pada petang Isnin.
“Farid turut mempelawa saya untuk menjadi datuk angkat kepada putera sulungnya,” kata Teo.
Kehadiran bayi lelaki yang belum diberi nama ini disifatkan permata baru dan menambah seri hidup pasangan pelakon itu.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.