Farid Kamil atasi rasa kekok berlakon telefilem bersama Diana Danielle

Gempak
Jun 23, 2016 18:59 MYT
Walaupun terasa kekok, Farid teruja dapat berlakon bersama isterinya. - Foto Astro Gempak
SETELAH hampir empat tahun berkahwin, pelakon Farid Kamil teruja apabila digandingkan dalam satu naskhah disamping isterinya, Diana Danielle.
"Sebelum ini, saya belum pernah lagi digandingkan bersama Diana dalam mana-mana naskhah. Saya teruja apabila dapat digandingkan dengan Diana dalam telefilem berjudul Sedikit Waktu.
"Telefilem tersebut merupakan telefilem istimewa sempena Syawal arahan pengarah tersohor Kabir Bhatia. Ia menjadi medan pertama pertemuan kami di layar televisyen," kata Farid kepada Astro Gempak.
Mengakui sedikit kekok apabila digandingkan bersama Diana, Farid mengatasi rasa itu secara perlahan-lahan.
"Pada mulanya saya rasa agak kekok apabila berlakon di samping isteri kerana terpaksa merealisasikan watak yang diberikan.
"Watak yang diberikan pula tak sama dengan karakter di luar cerita. Namun begitu, lama kelamaan, kami sudah mendapat rentak dan perkara tersebut dapat diatasi dengan jayanya," katanya lagi.
Sedikit Waktu berkisarkan mengenai Aidin, seorang kanak-kanak yang membawa diri keluar dari rumah kerana ibu bapanya mengabaikan tugasan mereka akibat tuntutan kerjaya.
Telefilem istimewa, Sedikit Waktu arahan Kabir Bhatia di saluran Astro Ria, Astro Ria HD dan laman web Astro Gempak pada Ahad, 3 Julai bermula jam 9.30 malam.
#Diana Danielle #Farid Kamil #pelakon #Sedikit Waktu #telefilem
;