Fakta menarik di sebalik 'Modern Garden Wedding' Syawal dan Fiqa

Gempak
Jun 14, 2015 14:00 MYT
Sebuah majlis gilang gemilang bertemakan Modern Garden Wedding telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). - Foto Astro Gempak

Kira-kira jam 9.30 malam Sabtu, juara program Pelamin Fantasia iaitu Syawal dan Fiqa selamat disatukan sebagai suami isteri.

Sebuah majlis gilang gemilang bertemakan ‘Modern Garden Wedding’ telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Bagaimanapun di sebalik majlis tersebut ada beberapa fakta menarik yang mungkin tidak atau masih belum diketahui oleh para penonton Pelamin Fantasia.
1) Syawal dan Fiqa tidak tahu hari bersejarah mereka ditutup dengan pertunjukan bunga api.
2) Syawal lelaki yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Fiqa walaupun tahu kekurangan gadis tersebut.
3) Fiqa demam panas ketika berusia 5 tahun .
4) Fiqa mengalami masalah pendengaran dan boleh bertutur tetapi tidak jelas dan terpaksa menggunakan bahasa isyarat.
5) Datuk Rosyam Nor menangis ketika melihat Syawal dan Fiqa menghabiskan salah satu cabaran di studio.
6) Sepanjang berada dalam Pelamin Fantasia, Syawal tidak pernah menganggap tunangnya Fiqa mempunyai kekurangan.
7) Fiqa selalu bersemangat kerana Syawal.
8) Cinta mereka unik, namun saling melengkapi.
9) Sebaik diumum sebagai juara Pelamin Fantasia musim pertama juri turut berasa sebak dan menitiskan air mata bersama peserta lain (tapi mereka pandai cover line).
10) Sentuhan magis Rizalman dan pasukannya buat semua tetamu kagum.
11) Jumlah tetamu yang hadir majlis persandingan Syawal dan Fiqa ialah 1,000 orang
12) Penyanyi ‘Kun Anta’ dikelilingi peminat yang mahu bergambar dengannya.
Menerusi program Pelamin Fantasia, pasangan berkenaan dipilih sebagai juara selepas berjaya menempuh cabaran yang melibatkan elemen sebelum menempuh alam rumah tangga.
Syawal dan Fiqa, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan tahniah dari kami di Astro Gempak.

#Pelamin Fantasia #Syawal and Fiqa
;