Dua filem yang bersaing sengit di Festival Filem Malaysia ke 25, Bunohan dan Songlap mencipta sejarah tersendiri dalam sejarah penganjuran festival filem tersebut.
Filem arahan Effende Mazlan dan Fariza Azlina Ishak itu menerima 15 pencalonan dalam 14 kategori, terbanyak dalam sejarah FFM sekaligus memadamkan rekod filem Dia Ibuku yang memperolehi 12 pencalonan keseluruhan di FFM ke 2 pada tahun 1980.
Tiga pelakon utama filem Bunohan dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Mereka terdiri daripada Pekin Ibrahim, Faizal Hussein dan Zahiril Adzim. Ia tidak pernah berlaku sepanjang sejarah penganjuran FFM kerana sebelum ini pihak penerbit hanya dibenar untuk mencalonkan seorang pelakon utama untuk kategori lakonan.
Pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik juga menyaksikan dua pelakon pembantu dari filem Bunohan dan Songlap bersaing sesama sendiri. Mereka terdiri daripada Amerul Affendi dan Husyairi Hussin (Bunohan) dan Syafie Naswip dan Omar Abdullah (Songlap).
Filem Songlap dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (2), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Pereka Kostum Terbaik.
Filem Bunohan dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (3), Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (2), Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Poster Terbaik.
Bunohan tidak layak dicalonkan dalam kategori Sinematografi Terbaik dan Penyunting Terbaik kerana isu warganegara.
Bilangan pencalonan bagi setiap filem: (Senarai penuh pencalonan akhir FFM25)
Songlap – 15
Bunohan – 13
29 Februari - 12
Hoore! Hoore! – 10
Ombak Rindu – 6
Seefood – 5
Misteri Jalan Lama – 5
SAM - 5
Chow Kit – 4
Hantu Gangster – 4
Cinta Kura-Kura – 3
Hantu Kapcai – 3
8 Jam – 2
Azura – 2
Jiwa Taiko – 2
Untuk Tiga Hari – 2
Muzaffar Mustapa
Tue Feb 19 2013
![Faizal Hussein, Zahiril & Pekin cipta sejarah Faizal Hussein, Zahiril & Pekin cipta sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361260718_295x200.jpg)
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/41427717565_295x200.jpg)
Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
Wawancara eksklusif bersama Nicholas Saputra, pemeran watak Belian dalam filem terbaru Dain Said, Interchange di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur.
![Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71427209177_295x200.jpg)
Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange
Tiga pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia akan bergandingan dalam filem terbaru arahan Dain Said, Interchange.
!['Bunohan' jadi tarikan pada PRK Pengkalan Kubor 'Bunohan' jadi tarikan pada PRK Pengkalan Kubor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81410692049_295x200.jpg)
'Bunohan' jadi tarikan pada PRK Pengkalan Kubor
Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu.
![Pengiktirafan di tanah air sendiri lebih bernilai Pengiktirafan di tanah air sendiri lebih bernilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362355598_295x200.jpg)
Pengiktirafan di tanah air sendiri lebih bernilai
Barisan pelakon yang dianggap sangat cemerlang adalah penyumbang utama kemenangan besar filem Bunohan yang diperoleh menerusi FFM ke-25.
![Songlap, Bunohan dan Argo Songlap, Bunohan dan Argo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365594926_120x90.jpg)
Songlap, Bunohan dan Argo
Antara Filem Festival Malaysia dan Oscar.
Mampukah Bunohan pecah tradisi Akademi?
BUNOHAN, filem arahan Din Said tersenarai dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan