Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak

Gempak
Oktober 21, 2023 11:15 MYT
Fadzil Zahari (kiri) mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya, Farid Kamil yang sudah kembali rujuk dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.
ADIK kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya yang sudah kembali rujuk dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.
Fadzil berkata, dia menyokong keputusan abangnya itu demi masa depan anak-anak mereka.
"Alhamdulillah, dia buat keputusan yang bagus untuk dirinya dan masa depan anak-anaknya. Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buatnya," katanya kepada media.
Ditanya sama ada dia ada bertemu Farid selepas mereka rujuk, Fadzil berkata, dia belum berpeluang bertemu dengan abangnya itu.
"Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengannya kerana kesibukan masing-masing. Kali terakhir kami berjumpa pada penghujung Ogos lalu," katanya.
Bagaimanapun, kata suami pelakon Yana Samsudin itu, dia sempat meluangkan masa bersama dengan Farid selama tiga hingga empat bulan ketika abangnya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek.
"Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, ia baik untuk dia dan anak-anaknya.
"Saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai adik dan ibu bapa kami pun harapkan saya untuk menemani Farid kerana saya buat perniagaan. Adik beradik lain pula terikat dengan komitmen kerja mereka.
"Dalam tempoh saya temankan Farid, dia pun okay sahaja. Dia yang buat keputusan itu. Sebagai adik, saya sudah menasihatkan apa yang patut dan terpulang pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangga," katanya.
Terdahulu, Farid dan Diana bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun berumah tangga.
Namun, pasangan sensasi ini mengesahkan mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu. - Gempak
#Farid Kamil Zahari #Fadzil Zahari #Diana Danielle #rumah tangga Farid Kamil
;