Fad Bocey masuk hospital

Gempak
Mei 12, 2019 07:32 MYT
Rata-rata yang risau dengan keadaan Fad mendoakan agar pelawak itu segera sembuh dan mendapat rawatan sebaiknya. - Foto Instagram
PELAWAK dan penyampai radio ERA, Fad Bocey telah dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti virus Influenza B.
Menerusi entri di Instgram (IG), isterinya, Nur Syahira A.Rahman atau Sya berkongsi gambar pelawak itu ketika berada di hospital.
"Orang cakap sakit penghapus dosa. Dont worry I'm here. Get well soon suami.
"Semoga yang baik-baik untuk awak," tulisnya.
BACA: Hidap jangkitan paru-paru, Radin ERA tidak dibenarkan berpuasa
Menerusi ruangan komen, Sya menjelaskan suaminya itu dijangkati virus Influenza B.
Rata-rata yang risau dengan keadaan Fad mendoakan agar pelawak itu segera sembuh dan mendapat rawatan sebaiknya.
Ada juga menasihati Sya supaya sentiasa memakai penutup mulut agar tidak berjangkit dengan virus tersebut menerusi udara.
Fad dan Sya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
Kami di Gempak mendoakan agar Fad kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.
#Fad Bocey #Hospital #influenza B #Instagram #Nur Syahira A Rahman #pelawak
;