Ezad Lazim akui perjalanan seni terganggu gara-gara sakit ...
Gempak
Jun 21, 2018 16:57 MYT
Jun 21, 2018 16:57 MYT
Bekas bintang Gegar Vaganza 2 (GV2), Ezad Lazim mengakui perjalanan seninya sedikit terganggu selepas mengalami penyakit 'gastroesophageal reflux' (Gerd) sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ezad, dia masih positif untuk meneruskan kerjaya seninya kerana itu merupakan salah satu punca rezeki bagi keluarganya sejak dulu lagi.
"Sebelum ini saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat-saat akhir kerana tidak dapat melakukan persembahan disebabkan penyakit yang dialami ini.
"Saya tak nafikan bahawa penyakit ini sedikit sebanyak menggangu kerjaya seni saya sebagai seorang penyanyi.
"Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan penyakit ini semakin pulih dan saya harus pantang makan pedas sebab Gerd ini macam sakit gastrik cuma dia lebih teruk lagi.
"Pada awalnya dulu saya risau juga bila orang tahu saya ada penyakit ini tapi saya tetap kuatkan semangat untuk buktikan kepada orang ramai bahawa bahawa saya mampu lakukankan persembahan seperti biasa," katanya kepada Astro Gempak.
Ezad berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Teks oleh Rozaimi Zubaidi/Foto: Instagram