‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini

Gempak
Julai 17, 2024 08:30 MYT
Filem The Experts terbitan Astro Shaw bakal ditayangkan di 18 daripada 25 pawagam dalam versi bahasa Kemboja. - Gempak
FILEM 'heist' (rompakan) tempatan nombor satu Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini!
Bakal Tayang Di Kemboja
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures itu bakal ditayangkan di 18 daripada 25 pawagam dalam versi bahasa Kemboja agar dapat menarik minat warga di sana untuk menonton filem tempatan ini selain berkongsi pengalaman mereka.
Lebih menarik, filem yang menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana, Maya Karin, Tony Eusof dan Ray Dapdap, turut ditayangkan di platform Astro First pada bulan Ogos depan.
Teruja Sokongan Penonton
Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, pihaknya teruja atas sokongan yang diberikan penonton terhadap filem tersebut.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menonton The Experts di pawagam sebelum ini. Sokongan penonton mengukuhkan lagi usaha kami untuk terus mengangkat filem-filem tempatan terbang lebih jauh.
“Kami telah bekerjasama dengan pengedar konten terbesar Kemboja iaitu Westec Media Limited (WML) untuk mempersembahkan The Experts di negara tersebut, serta telah melakukan alih suara bagi menarik penonton di sana.
“Dalam pada itu, memandangkan ‘vibe’ The Experts masih dirasai, jadi kami rasa teruja untuk terus bawakan ke platform Astro First pada bulan hadapan dan ia dapat dinikmati oleh penonton dengan pengalaman berbeza, di mana boleh dinikmati di mana-mana mengikut keselesaan anda dengan hanya satu harga boleh ditonton beramai-ramai dan berkali-kali dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam satu kenyataan.
Semua penonton Malaysia boleh menikmati filem aksi penuh debaran ini menerusi Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO dan juga peranti pilihan anda melalui, sooka.
Seiring dengan tema filem ini yang mengetengahkan kekeluargaan, maka The Experts amat sesuai ditonton beramai-ramai di mana-mana sahaja mengikut keselesaan penonton. Tambah menarik dengan satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka berulang kali dalam tempoh 48 jam.
‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem The Experts di Astro First menerusi platform Astro dan di sooka. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.
*Artikel disiarkan di Gempak
#The Experts #ditayangkan di Cambodia #Astro First #Astro Shaw #Aaron Aziz