EXO Kai, Jennie BLACKPINK sah bercinta
Isabelle Leong
Januari 1, 2019 14:47 MYT
Januari 1, 2019 14:47 MYT
TAHUN baharu sering dikaitkan dengan permulaan yang baharu .
Dan apa cara yang lebih baik untuk meraikan tahun baharu ini jika bukan dengan kisah percintaan?
Begitulah yang boleh diibaratkan hubungan cinta antara anggota kumpulan EXO Kai yang dilaporkan bercinta dengan anggota kumpulan perempuan yang paling ‘hot’ pada ketika ini, BLACKPINK Jennie.
Memetik laman rasmi hiburan K-Pop, Dispatch pada Selasa, Kai, 24, dan Jennie, 22, dilihat berpacaran pada 25 November lalu.
Kedua-dua idol itu dilaporkan meluangkan masa bersama-sama di Haneul Park di Seoul.
Menurut Dispatch, Kai dilaporkan memandu ke kediaman penyanyi ‘SOLO’ dan menunggu di tempat parkir kereta bawah tanah di kediaman tersebut pada hari berkenaan.
Pasangan tersebut kemudiannya dilaporkan bersiar-siar di sekitar Sangam-dong, Mapo-gu sebelum tiba di Haneul Park.
Apabila tiba di taman tersebut, pasangan tersebut kelihatan berpegangan tangan dan berhenti seketika untuk mengambil gambar.
Gambar yang dimuat naik ‘dancing machine’ EXO di laman Instagram peribadinya bertarikh 25 November 2018 dipercayai diambil oleh Jennie.
Tidak sampai beberapa jam berita ini tersebar, wakil SM Entertainment memberi pengesahan yang mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Ini terus mencetuskan perbualan hangat di media sosial hingga hashtag Jennie dan Jongin menjadi trending di seluruh dunia.
Sebelum ini, Kai pernah menjalinkan hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-pop terkemuka f(x) Krystal Jung pada April 2016.
Namun pasangan itu mengambil keputisan untuk berpisah pada penghujung Mei 2017 disebabkan sibuk dengan kerja.
#artis Korea
#Bercinta
#BLACKPINK
#cinta
#EXO
#hubungan
#Jennie
#Kai
#SM Entertainment
#Solo
#YG Entertainment