'Evermore' kejutan kedua Taylor Swift untuk tahun 2020
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 11, 2020 22:02 MYT
Disember 11, 2020 22:02 MYT
PENYANYI popular, Taylor Swift mengejutkan para peminatnya dengan pelancaran album kedua bagi tahun 2020.
Album terbaharu yang berjudul "Evermore" itu dilancarkan beberapa jam selepas pengumuman mengenai berita berkenaan dibuat pada Jumaat.
Album yang menampilkan 15 buah lagu baharu itu menyusul selepas album "Folkfore" dilancarkan pada Julai lalu.
Swift menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, pelancaran album ini adalah bersempena ulang tahunnya yang ke-31 pada 13 Disember ini.
"Sejak saya berusia 13, saya sangat teruja untuk mencapai usia 31 tahun kerana itu adalah angka bertuah saya apabila diterbalikkan.
"Oleh kerana itu saya mengejutkan anda dengan album ini. Anda semua sudah menyokong saya pada setiap hari kelahiran saya jadi untuk tahun ini, saya hadiahkan album kepada anda semua!," ujarnya.
Malah apa yang lebih menarik, Swift turut melancarkan video muzik bagi salah sebuah lagu dalam album baharu itu, berjudul Willow.
Sejak dilancarkan, video muzik itu mencatatkan lebih tiga juta tontonan di laman YouTube.
#Taylor Swift
#YouTube
#Muzik Video
#album baharu
#Evermore
#Folkfore
#Swift
#ulang tahun kelahiran
#Willow
#pelancaran
#kejutan
#peminat
#hadiah untuk peminat