Eva Longoria hamil 4 bulan, dibanjiri ucapan tahniah di media sosial

Pritha Manivannan
Disember 28, 2017 05:25 MYT
Wakil Eva mengesahkan berita selebriti itu hamil 4 bulan. - Foto: Instagram/evalongoria
PELAKON Desperate Housewives, Eva Longoria hamil dengan anak pertamanya bersama suami Jose Baston.
Menurut portal hiburan dan gaya hidup People, wakil Eva mengesahkan berita tersebut, dan dikatakan hamil anak lelaki empat bulan.
Eva, 42 tahun, dan Jose, 49 tahun, bertunang pada 2015 di Dubai.
Mereka berkahwin pada Mei 2016 di Mexico.
Jose Baston, yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertamanya, merupakan presiden syarikat multimedia Telivisa di Amerika Latin.
Beberapa jam sebelum berita mengenai kehamilannya dilaporkan, Eva memuat naik gambar di laman Instagram dengan kapsyen "He makes me blush #TuesdayMood".
Walaupun tidak mengumumkan berita itu melalui posnya, pengikut Eva mula membanjiri bahagian komen dengan ucapan tahniah.
#Desperate Housewies #Eva Longoria #Gabriella Solis #Instagram #Jose Baston
;