Erra Fazira sah bercerai talak satu
Azyyati Ahmad
Februari 18, 2014 13:52 MYT
Februari 18, 2014 13:52 MYT
Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai dengan talak satu.
Lafaz cerai tersebut telah dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Manakala Engku Emran memperolehi hak penjagaan anak.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 25 Okt 2007.
Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Ini merupakan penceraian kedua buat Erra, sebelum ini Erra pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim.
Dalam perkembangan terbaru, Erra bakal muncul bersama Ziana Zain dan Awie dalam konsert teaterikal 'Suara Kita' 3 hingga 9 Mac ini.