Erra Fazira anak emas syarikat pengurusan?
Gempak
Januari 29, 2018 18:03 MYT
Januari 29, 2018 18:03 MYT
TIDAK pernah menyertai mana-mana syarikat pengurusan artis semenjak kemunculan awalnya dalam bidang seni, Erra Fazira mengambil keputusan untuk bernaung dengan MindOrder bermula tahun ini.
Selain Erra, MindOrder turut menguruskan nama-nama popular lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Reen Rahim, Elvina Mohamad, Nazrief Nazri, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Adakah penyertaan Erra di bawah syarikat tersebut dianggap sebagai anak emas kerana statusnya sebagai pelakon dan penyanyi senior terkenal?
“Anak emas itu tidak. Tetapi saya anggap diri saya sebagai artis yang mempunyai pengalaman lebih lama. Segala perancangan berkaitan kerjaya yang dibuat selepas ini bergantung kepada perbincangan antara saya dan pihak pengurusan.
“Saya tak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menyertai MindOrder kerana saya percaya dengan kredibiliti dan kebolehan mereka,” kata Erra.
Bakal muncul dengan beberapa filem, drama serta lagu terbaru, Erra mahu bersifat lebih selektif.
“Hasil perbincangan antara saya dan MindOrder, kami bakal menggerakkan semula kerjaya nyanyian saya serta akan ada projek melibatkan drama serta filem.
“Saya akan lebih bersifat selektif dan hanya akan memilih projek yang benar-benar berkualiti serta bagus untuk dijadikan buah tangan kepada peminat,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#anak
#anak emas
#Erra Fazira
#Fasha Sandha
#filem
#heroin
#MindOrder
#pelakon
#penyanyi
#Reen Rahim
#syarikat pengurusan