Erra Fazira akui masih rapat dengan Shahir AF8

Gempak
Oktober 2, 2015 22:21 MYT
Menurut Erra, dirinya dan Shahir kini masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu terburu-buru melangkah ke peringkat seterusnya kerana tiada apa yang ingin dikejarkan. - Gambar Astro GEMPAK
Aktres Erra Fazira akui yang dia masih lagi berkawan rapat dengan juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir dan menafikan yang mereka telah terputus hubungan.

Menerusi laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 41, gosip yang mendakwa mereka telah putus cinta adalah tidak benar sama sekali kerana dia dan Shahir masih berhubung baik.

Tambah Erra, mereka kini masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu terburu-buru melangkah ke peringkat seterusnya kerana tiada apa yang ingin dikejarkan.

Malah dia dan Shahir mahu memanfaatkan sebaiknya tempoh mengenali hati budi masing-masing ini.

Awal Ogos lalu, ruangan gosip sebuah akhbar temptana telah melaporkan Erra tidak lagi menerima panggilan atau menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Shahir.

Malah mereka juga sudah jarang berhubung dan tidak diketahui puncanya, masing-masing seakan-akan telah membawa haluan sendiri.

Shahir sebelum ini pernah membuat pengakuan yang dia sedang berkawan rapat dengan Erra dan perkara itu diakui sendiri oleh Erra walaupun dia enggan mengulas lanjut sejauh mana keakraban mereka.

Erra sehingga kini terus mengambil langkah selamat dengan hanya memberi pengesahan mudah tanpa membuat ulasan lanjut sama ada mereka telah bercinta atau hanya berkawan.

Sumber: BH Online

Olahan Semula: Helmi Zainalabidin

#Akademi Fantasia #Erra Fazira #Shahir
;