ERA Digital Muzik Awards 2018, kuasa di tangan anda!

Astro Awani
Januari 18, 2019 18:57 MYT
ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2018 kini kembali buat tahun ketiga pada 25 Januari ini.
SELEPAS kejayaan siri pertama dan kedua, ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2018 kini kembali buat tahun ketiga pada 25 Januari ini.
EDMA 2018 memperkenalkan tiga kategori baharu iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit yang mengiktiraf pencapaian artis-artis viral di media sosial.
Kategori-kategori yang terus kekal pula adalah seperti Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40, dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40.
Tambahan lagi, satu anugerah kategori penaja iaitu Penyanyi Pilihan DEEJA juga termasuk dalam EDMA 2018.
Kuasa di tangan anda dalam menentukan pemenang daripada 10 pencalonan bagi setiap kategori di mana anda hanya perlu mengundi di laman web rasmi ERA.je.
Proses pengundian bagi fasa pertama bermula pada 31 Disember lalu hingga 13 Januari ini bagi menentukan top 5 setiap kategori, manakala pengundian fasa kedua untuk pemilihan juara bagi setiap kategori pula bermula pada 14 Januari hingga 23 Januari.
Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019, menyaksikan lima calon terbaik disenarai pendek dan pemenangnya akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2018.

Berikut merupakan senarai Top 5 Calon ‘ERA Digital Muzik Awards 2018’ (EDMA 2018):

(Nota: Hanya 6 kategori dibuka untuk undian)

1. Lagu Paling Viral

* Sufian Suhaimi - Dimatamu

* Hael Husaini - Hajat

* Faizal Tahir - Ragaman

* Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

* Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang

2. Penyanyi Kolaborasi Terbaik

* Floor 88 dan Baby Shima - Roadblock Hatiku

* Tajul dan Wany Hasrita - Rindu Dalam Benci

* Syamel dan Ernie Zakri - Aku Cinta

* Ryan Deedat dan Sandra - Salimah

* Haqiem Rusli dan Aman RA - Jatuh Bangun

3. Video Muzik Paling Lit

* Andi Bernadee - Satu Peluang

* Zizan Razak - Kau Takkan Tahu

* Ismail Izzani - Bidadari

* Floor 88 - Roadblock Hatiku

* Sarah Suhairi - Nyawa Raga

4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial

* Hael Husaini

* Sarah Suhairi

* Kucaimars

* Khai Bahar

* As'ad Motawh

5. Temubual Terbaik Carta ERA

* Sarah Suhairi

* Sufian Suhaimi

* Wany Hasrita

* Haqiem Rusli

* Ara Johari

6. Penyanyi Pilihan DEEJA

* Ismail Izzani

* Ayda Jebat

* Faizal Tahir

* Arif Bahran

* Syamel

7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)

Selain penyampaian anugerah, malam gilang gemilang itu bakal disulami persembahan daripada barisan artis terkemuka tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ben Laden, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Akim & Majistret, One Avenue, Alif Satar, Ara Johari dan Masha Mashita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam secara langsung anugerah berprestij itu di laman Facebook ERA yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic.

Kehebatan luar biasa set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic menjadikan anda tampil lebih flawless, cerah, gebu dan berseri-seri secara semulajadi hasil ekstrak bahan semulajadi berkualiti tinggi sekali gus sesuai diamalkan oleh lelaki dan wanita.

Mereka yang ingin mendapatkan Pas VIP ke EDMA 2018, boleh melakukan tiga langkah mudah iaitu pertama; beli produk Deeja Cosmetic bernilai RM250 ke atas, kedua; pembelian produk berkenaan secara online, dan ketiga; menjadi 5 pembeli terawal untuk menjadi pemenang.
Nak tahu lagi, 'Like' dan 'Follow' Facebook (https://www.facebook.com/DeejaCosmeticHq/) dan Instagram (https://www.instagram.com/deeja_cosmetic_hq) Deeja Cosmetic HQ.

#anugerah #anugerah digital #ERA Digital Music Awards #Instagram #Nabil Ahmad #Neon Street #penyanyi #undian
;