Enrique Iglesias tetap beraksi walaupun jari berlumuran darah terhiris drone

Astro Awani
Jun 1, 2015 11:35 MYT
Keadaan Enrique Iglesias semakin pulih selepas beberapa jarinya teriris drone ketika beraksi di pentas di Tijuana, Mexico pada Sabtu lepas.
Keadaan Enrique Iglesias semakin pulih selepas beberapa jarinya teriris drone ketika beraksi di pentas di Tijuana, Mexico pada Sabtu lepas.
Menurut seorang jurucakap penyanyi itu dalam sebuah kenyataan, Iglesias hanya menerima rawatan sementara untuk membalut jari yang berlumuran darah di tepi pentas sebelum dia keluar untuk beraksi semula di pentas.
Difahamkan, walaupun Iglesias dinasihatkan untuk menamatkan persembahannya berikutan kecederaan yang teruk tetapi penyanyi itu tetap keluar untuk beraksi di hadapan peminatnya selama 30 minit.
Memetik laporan Guardian, kecederaan itu berlaku ketika Enrique cuba untuk memegang drone yang digunakan untuk mendapatkan gambar orang ramai di konsert tersebut. Atas kecuaiannya, beberapa jari iglesias dilapor terhiris drone sehingga menyebabkan luka yang teruk.
Sementara itu, rakaman gambar Iglesias yang berlumuran darah mula tersebar di media sosial sehingga mendapat perhatian para netizen.

@enrique305 Hope u get well soon. for ur prompted recovery & hope to have updates on ur recovery soon.pic.twitter.com/O518KI3PQe

— Angie (@eyesofangie) June 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

What a true artist. @enrique305 accidentally sliced up his fingers at his concert, but still finished the whole show. pic.twitter.com/x5M2ubybUy

— Tyanna Giancola (@TyannaGiancola) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So far I found.#EnriqueIglesias got cut his finger on stage! @enrique305 why the hell on earth this happened to U!:'( pic.twitter.com/NqrIaq9q8E

— EI u Rock me (cd..) (@cdjcdjd) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#EnriqueIglesias will bleed for his fans kept show going 30 mins after bloody drone injury http://t.co/If52Bowxe0 pic.twitter.com/VCXtqoZayx

— Steph Primavera (@SLPrimavera) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi berusia 40 tahun itu kemudian dikejarkan ke lapangan terbang untuk dibawa ke Los Angeles bagi mendapatkan rawatan pakar perubatan.
Persembahan Iglesias di Tijuana merupakan sebahagian daripada Konsert Jelajah Dunia ‘Sex and Love’ dan penampilan seterusnya akan berlangsung di Mexico City pada Julai.
#Enrique Iglesias #konsert #Mexico #Tijuana