Enam minggu hamil, Syatilla Melvin alami keguguran
Gempak
Julai 25, 2018 22:17 MYT
Julai 25, 2018 22:17 MYT
PELAKON Syatilla Melvin mengakui hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran pada minggu lalu.
Menurut Syatilla, usia kandungannya itu sudah memasuki enam minggu dan mengalami keguguran ketika berada di rumah.
“Walupun sedih tapi saya reda dengan ujian ini kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
“Ketika kejadian saya sedang melakukan kerja rumah dan selepas itu saya dapati terdapat ketulan darah yang keluar.
“Saya dan Sam sememangnya mahu segera mendapatkan anak kedua namun tidak menyangka perkara begini terjadi semasa usia kandungan saya masuk enam minggu,” katanya kepada Astro Gempak.
Syatilla berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Jamu Mutyara, di Wow Kl, pada Rabu.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Sam dan Syatilla menyambut kehadiran anak pertama mereka, Syeriv Samheiz pada 9 Mei tahun lalu. - Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi