Emma Bunton nafi khabar Spice Girls akan bersatu kembali pada tahun 2016

Kohilah Sekaran
Ogos 9, 2015 10:52 MYT
Emma Bunton nafi khabar Spice Girls akan bersatu kembali pada tahun 2016. -Gambar fail
BEKAS ahli kumpulan Spice Girl, Emma Bunton menafikan khabar bahawa kumpulan itu akan bersatu kembali untuk melangsungkan satu konsert jelajah antarabangsa pada tahun 2016.
Portal The Sun sebelum ini melaporkan bahawa empat daripada lima ahli kumpulan akan kembali bersama, tanpa Victoria Beckham, untuk menyertai konsert jelajah antarabangsa kumpulan tersebut pada tahun 2016.
Emma pada Jumaat menafikan perkara tersebut dalam satu rancangan radionya, malah berkata jika kumpulan itu mengambil keputusan untuk tampil kembali, mereka sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.
"Tidak ada sebarang rancangan setakat ini. Jika ada sesuatu yang pasti dan jika kami membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara, kami sendiri akan mengumumkan berita itu.”
Pada hari sama, bekas ahli Spice Girls, Melanie Chisholm atau lebih dikenali sebagai Mel C mengusik peminatnya menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasminya.
"Saya bangun pagi ini, tertanya-tanya sama ada saya perlu mula berlatih aksi libas belakang saya," kata Mel C.

Woke up this morning wondering whether I need to start practising my backflips???!!! /p>— Melanie C (@MelanieCmusic) August 7, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Emma pula membalas tweet tersebut dengan berkata, "Adakah saya perlu buat semula gaya tocang rambut saya?"

Do I need to put my pigtails in?!?!? https://t.co/TfWZQL9ux2

— Emma Bunton (@EmmaBunton) August 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu sesi bicara di The Tonight Show minggu lepas, Melanie Brown ataupun Mel B memberitahu bahawa "sudah tiba masa" untuk kumpulan itu kembali bersatu.
Beliau sambung komen tersebut dalam rancangan US TV's Show Today pada Selasa lepas dengan menyatakan hasrat Mel B untuk bersatu kembali dengan ahli kumpulan yang lain sempena ulang tahun ke-20 lagu tunggal (single) perdananya Wannabe, yang dikeluarkan pada 1996.
“Saya berharap kami sekumpulan akan bersatu kembali untuk melakukan sesuatu sempena menyambut ulang tahun ke-20 pada tahun depan.
“Perkara ini memang dalam rancangan saya, tetapi tidak pasti dengan ahli kumpulan yang lain,” kata Mel B.
Kumpulan itu berpisah secara rasmi pada tahun 2001 dan bersatu semula pada tahun 2012 untuk membuat persembahan bagi majlis penutup Sukan Olimpik 2012 di London.
Kumpulan Spice Girls terdiri daripada Melanie Brown, Victoria Beckham, Emma Bunton, Melanie Chisholm, Geri Halliwell.
#bersatu semula #Emma Bunton #khabar #nafi #Spice Girls #wannabe
;