Elizabeth Tan lebih berhati-hati pilih teman lelaki selepas putus cinta
Gempak
Ogos 10, 2017 18:00 MYT
Ogos 10, 2017 18:00 MYT
PENYANYI Elizabeth Tan akui lebih berhati-hati memilih teman lelaki selepas percintaannya dengan seorang ahli perniagaan beberapa bulan lalu gagal.
Pun begitu Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata dia tidak serik untuk bercinta lagi.
"Saya akui memang pahit menerima kenyataan putus cinta sebelum ini.
"Jadi jika saya dipertemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya pasti akan lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.
"Pun begitu saya tidak serik untuk bercinta lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun pernah dikecewakan kekasihnya yang berbangsa Melayu, namun Lizzy memberitahu hatinya masih terbuka untuk mana-mana jejaka tidak kira bangsa.
"Jika ditakdirkan saya bercinta dengan lelaki Melayu lagi selepas ini saya terbuka sahaja.
"Saya sebenarnya tidak memilih bangsa pun untuk menjalinkan hubungan cinta, asalkan lelaki itu sesuai dengan saya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lizzy kini baru sahaja muncul dengan sebuah single terbaharu Darling.
Darling dipilih menjadi runut bunyi drama "My Darling Inspektor Daniel" lakonannya bersama pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Siti Elizad, Shahir, Erra Fazira dan ramai lagi.
My Darling Inspektor Daniel sudah mula ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.
Teks oleh: Syafiqah Jalal