Elfira Loy kesal perbualan dirakam tanpa pengetahuan

Sinar Harian
Jun 1, 2018 14:32 MYT
PELAKON, Elfira Loy meluahkan rasa kesal menerusi akaun Twitter miliknya sebaik menyedari video yang menunjukkan sesi temu bualnya dirakam tanpa pengetahuan pada pertengahan Mei lalu.
Nurul Elfira Loy atau lebih dikenali Elfira Loy, 24 tahun, menyifatkan temu bualnya itu tidak sesuai kerana bercakap dengan cara yang agak santai.
Tulisnya lagi, dia berharap agar selepas ini jika sesi temu bualnya mahu dirakamkan sila maklumkan terlebih dahulu.
"Hmmmm. I wasn’t aware that my interview were recorded. And i hate seeing myself yang sangat laidback dan sembang macam kawan-kawan on screen.
"I know you’re reading this , next time please inform if you’re recording it thank you. Or no more . (ihateseeingmyselfonmytimeline) . Kbaiz," luahnya.
Susulan itu, Elfira berkata kepada Astro Gempak, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya meskipun, akuinya tidak marah.
Ujar pelakon Oh My English itu, jika dimaklumkan awal-awal dia akan menggunakan bahasa yang lebih bersesuaian.
"Saya tak marah cuma terkejut apabila perbualan saya sedang bersembang dirakam.
"Berbeza apabila kita bercakap depan kamera atau untuk kenyataan bertulis, ini kerana penyampaian tidak sama malah muka pun belum bersedia.
"Mungkin jika diberitahu kenyataan saya akan dirakamkan menerusi kamera, saya akan gunakan percakapan lebih sesuai," katanya.
#Elfira Loy #kamera #karier #media sosial #Oh My English #video
;