Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang - Sumber

Malissa Sahari
Februari 17, 2018 15:14 MYT
Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut. - Gambar fail
Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.
Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar 'putus', mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.
"Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya," kata sumber itu lagi.
BACA: "Its complicated!" - Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy
BACA: "Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik" - Sufian
Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Terakhir' itu khabarnya tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.
BACA: Dikatakan sombong? Ini respon Elfira Loy...
BACA: Sebak, terima kasih Ya Allah - Elfira Loy
Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.
#Elfira Loy #perkahwinan #pertunangan #putus tunang #Sufian Suhaimi #Terakhir
;