Elfira Loy belanja RM10,000 beli alat solekan dalam satu jam

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 19, 2017 19:00 MYT
Elfira turut berkongsi barangan solekan yang dibelinya. - Foto YouTube/@Twink3lTV
Pasti banyak yang anda ingin lakukan sekiranya memiliki sejumlah wang yang banyak bukan?
Bagi Elfira Loy, dia berbelanja barangan solekan sehingga mencecah RM10,000 di sebuah kedai kosmetik, Sephora ketika di Los Angeles.
Menurut Elfira menerusi video terbaharunya yang telah dimuat naik melalui akaun Youtube miliknya,Twink3l TV, dia menghabiskan masa selama satu jam sahaja untuk berbelanja sehingga mencecah jumlah tersebut.
Pelakon yang baharu saja mengikat tali pertunangan bersama pasangannya, Sufian Suhaimi itu turut berkongsi barangan solekan yang telah dibelinya menerusi video tersebut.
Kebanyakan barangan solekan tersebut adalah jenama terkemuka. Antaranya adalah Natasha Denona, Anastasia Beverly Hills dan Kevyn Aucoin.
Bagaimanapun, ada yang beranggapan dia membazir kerana berbelanja ‘besar’, namun ada juga yang beranggapan dia telah bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Dalam perkembangan lain, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan.
#barangan kosmetik #Elfira Loy #kosmetik #Los Angeles #Sephora
;