Elf kecewa, Kangin umum tarik diri daripada Super Junior

Faris Danial Razi
Julai 11, 2019 19:00 MYT
Menurut jurucakap syarikat rakaman Super Junior, mereka menghormati keputusan Kangin dan tindakannya itu tidak menjejaskan kontrak eksklusifnya bersama syarikat itu. - Gambar Twitter @soompi
TIADA apa yang lebih menyedihkan bagi peminat kumpulan Super Junior, selepas Kim Woon-young atau lebih mesra dengan panggilan Kangin umum untuk meninggalkan kumpulan berkenaan.
Baru-baru ini, Kangin memuat naik kenyataan meninggalkan band boy K-pop itu menerusi laman Instagram milik peribadinya dan memohon maaf kepada peminat kumpulan tersebut, yang dipanggil sebagai Elf.
“Berat hati saya memandangkan ini bukan satu berita positif, tetapi saya membuat kenyataan ini selepas beberapa pertimbangan”.
“Saya selalu menganggap bahawa ia lebih baik untuk membuat keputusan ini lebih awal, tetapi apaila mengenangkan nasib peminat yang tidak kenal erti penat menyokong saya dan agensi saya, itu benar-benar menyentuh hati saya, saya tidak kuat untuk perkara ini”.
Kangin turut meluahkan rasa terhutang budi kepada ahli kumpulan (Super Junior) dan keluarga dalam rakaman agensi yang telah banyak bertoleransi bersama saya hingga ke hari ini.
Menurut laporan portal Allkpop, Kangin pernah dikaitkan di atas kes kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan pernah ditahan kerana bertindak ganas terhadap pasangannya sebelum ini.
Ekoran itu, peminat kumpulan yang terkenal dengan lagu “Sorry Sorry” tersebut mengadakan protes terhadap Kangin dan salah seorang ahli kumpulan itu, Sungmin berhubung kepada kontroversi yang mereka lakukan.
Berikut merupakan reaksi daripada laman Twitter, yang menunjukkan peminat Super Junior tidak dapat menerima kenyataan tersebut :

I respect Kangin's decision. He only wants to protect SJ. But damn. It hurts so bad to think that we can't do anything to ease his pain. What can we do Kangbear oppa? I know it's hard on your part to leave SJ. Know that I'll always love you. #kangin #KANGINWITHSJ

— Carolyn (@leelynskie) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I believe it's really hard for #Kangin oppa to give up #SUPERJUNIOR from his name, to leave his brothers, to announce this sad news, and to hurt his truly angelic ELFs. After all these years he bear this situation and cannot show his true emotions. @Himsenkangin @SJofficial

— klomangv (@klomangv) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you for 14 years. Thank you for being you. I will always support you and i love you #kangin #SUPERJUNIOR pic.twitter.com/enAK7LwZIK

— yourgurl (@xxbbyck_) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut jurucakap label syarikat Super Junior, mereka memutuskan rasa hormat atas keputusan yang dibuat oleh Kangin untuk meninggalkan kumpulan itu secara sukarela.
Walau bagaimanapun, ia juga dikatakan tidak mejejaskan kontrak eksklusifnya dengan syarikat itu, malah menyatakan bahawa tiada sebarang maklumat mengenai nasib masa depannya setakat ini.
#Instagram #K-pop #Kangin #Kim Woon-young #SuJu #Sungmin #Super Junior #Twitter
;