Ekspresi anak muda beri roh kepada pembangunan negara - KJ

Astro Awani
November 24, 2013 08:30 MYT
Foto yang dirakamkan oleh Khairy Jamaluddin di acara Eksotikata
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin hadir ke Eksotikata, pesta puisi 2013 yang berlangsung di Rumah PENA, Kuala Lumpur.
Di majlis yang sama, Khairy sempat mendeklamasikan sebuah puisi berjudul Kekasih, nukilan Sasterawan Negara Datuk Dr Usman Awang.
Menerusi akaun Twitter @KhairyKJ, beliau menyifatkan acara seperti Eksotikata sebagai platform penting ekspresi kepada anak muda yang akan memberi roh kepada pembangunan negara.

Terima kasih @eksotikata! Ekpresi seni anak muda penting dlm memberi roh kpd pembangunan negara. pic.twitter.com/EhEjhW4i5Q

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bermain percussion sambil melayan Cermin Mimpi @khairykj di #eksotikata pic.twitter.com/dwH6pNYFK5

— roman picisan (@amiu) November 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KJ perform puisi KEKASIH oleh Usman Awang di #Eksotikata amacam? Rare! pic.twitter.com/1ayDh0QDek

— adieyka zainal (@adieyka) November 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesta yang diadakan sejak 10 pagi pada Sabtu menghimpunkan ramai anak muda yang meminati puisi dan buku-buku alternatif selain daripada pelbagai acara lain yang diadakan.
Antara acara lain yang diadakan pada pesta puisi 2013 ini adalah plore iaitu marathon puisi, akustik dan seni persembahan.
Selain itu acara seperti Maskara eksotikata, jualan buku dan zine alternatif, buku-buku terpakai dan komik, pelancaran buku serta sesi membida buku turut diadakan.
Dianjur oleh beberapa syarikat pengeluar buku alternatif seperti Pakatan Paradoks, Sindiket Soljah, Sang Freud Press, Selut Press, Studio Anai-Anai dan Projek Rabak, acara ini juga memberi platform kepada golongan muda untuk menunjukkan bakat mereka dalam mendeklamasi puisi mereka sendiri.
#Eksotikata #Khairy Jamaluddin
;