Ejen 007 kuasai carta hujung minggu Amerika Utara
AFP
November 12, 2012 12:27 MYT
November 12, 2012 12:27 MYT
Kemunculan minggu pertama tayangannya menyaksikan filem terbaru James Bond ‘Skyfall’ muncul filem “box office” paling laris sepanjang 3 hari tayangan di pasaran Amerika Utara.
Sekaligus mengenepikan filem nombor satu minggu lalu, “Wreck-It-Ralph" di tangga kedua.
Edisi ke 23 filem aksi ejen perisikan itu memungut US$87.8 juta (RM280 juta).
"Wreck-It Ralph,"keluaran Disney pula memungut US$33.1 juta (RM106 juta).
"Flight", lakonan Denzel Washington ketiga dengan pungutan US $15.1 juta (RM48 juta).
Berikut adalah jumlah pungutan hujung minggu 7 lagi filem teratas di carta Amerika Utara:
4-"Argo," - $6.7 juta (RM21 juta)
5-"Taken 2" - $4 juta (RM12.8 juta)
6-"Here Comes the Boom," – US$2.55 juta (RM8.16 juta)
7-"Cloud Atlas," - US$2.52 juta (RM8 juta)
8-"Pitch Perfect," - US$2.5 juta (RM8 juta)
9-"The Man with the Iron Fists," -US$2.5 juta (RM8 juta)
10-"Hotel Transylvania" - $2.35 juta (RM7.5 juta)