Eizlan Yusof terajui Skim Wajib Tayang Finas

Bernama
Mac 24, 2021 05:09 MYT
Eizlan (gambar) merupakan Ahli Perbadanan Finas yang kini turut memegang portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas. - Foto Instagram/Eizlan Yusof
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 hingga 22 Mei 2022.
Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Eizlan merupakan Ahli Perbadanan Finas yang kini turut memegang portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas.
"Finas merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Datuk Seri Eizlan Yusof atas pelantikan (baharu) beliau," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Eizlan Yusof #Eizlan Yusof dilantik #Skim Wajib Tayang #Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia #FINAS #filem #Malaysia