Eizlan menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya menyatakan perasaan kecewa apabila usia antara faktor atau pun alasan tidak layak untuk menjayakan filem aksi.
“Dah tua… Yes… Dah gemuk… Yes… Tapi boleh sahaja berlakon filem aksi ikut momentum semasa,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Eizlan juga turut menasihatkan agar hentikan buvdaya memalukan orang lain kerana khuatir akan kembali kepada diri sendiri.
“Dalam hidup kita ini jangan terlalu mendongan ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.
“Sekadar pandangan dari orang tua yang kerdil ini. Hentikan body shaming dan hormati antara satu sama lain,” tulisnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Eizlan bakal muncul dengan filem Kerambit tidak lama lagi.
Terdahulu, isu ini hangat diperkatakan di media sosial selepas pengarah, Syamsul Yusof mendedahkan sebab sebenar pengguguran nama pelakon hebat, Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster baru-baru ini.
Antara sebabnya adalah faktor masalah kesihatan, usia dan juga perubahan fizikalnya. -Gempak