"Eh bapa kau meninggal kenapa tak balik?"- Nonny sedih dikecam

Gempak
November 30, 2017 15:25 MYT
Penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah itu berkata dia hanya sempat melihat pemergian bapanya menerusi 'video call' sahaja.
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Nonny Nadirah kecewa kerana dikecam tidak pulang ke kampung ketika bapanya meninggal dunia.
Nonny menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia bukan sengaja tidak dapat berbuat demikian tetapi tidak sempat kerana penerbangannya tiba lewat.
Lebih menyedihkan ketika Nonny sampai urusan jenazah sudah pun selesai dan bapanya telah dikebumikan.
Penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah itu berkata dia hanya sempat melihat pemergian bapanya menerusi 'video call' sahaja.
Bagaimanapun, Nonny akui dia terpaksa reda dengan pemergian bapanya.
Berikut merupakan luahan hati Nonny:
#Akademi Fantasia #bapa #Instagram #jenazah #keluarga #meninggal dunia #Nonny Nadirah