Ed Sheeran temui peminat menerusi konsert dalam talian pada 13 November ini
Faris Danial Razi
November 11, 2021 11:00 MYT
November 11, 2021 11:00 MYT
KUALA LUMPUR: Khas buat peminat penyanyi dan penulis lagu popular, Ed Sheeran, anda pastinya tidak mahu ketinggalan konsert dalam talian yang akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di platform penstriman paling berdedikasi di Asia, JOOX pada jam 8 malam Sabtu ini.
Menurut Ketua Pengurusan JOOX Malaysia, Angie Tan, konsert ini bukan sahaja pasti akan memukau semua peminatnya di Asia, tetapi juga untuk meraikan penambahan album baharunya ke dalam senarai lagu pengguna JOOX yang sentiasa berkembang.
“Konsert dalam talian Ed Sheeran ini akan menampilkan persembahan single hit baharunya seperti “Bad Habits”, “Shivers”, “Overpass Graffiti”, dan “Visiting Hours.”
“=” adalah album studio keempatnya, untuk meneruskan rentetan kejayaannya menguasi carta muzik dunia sekaligus mengukuhkan lagi namanya di persada muzik dunia.
“Konsert ini membolehkan peminat merasai sendiri kekuatan unik muzik pop Sheeran selepas dia kembali dari berehat di musim pandemik COVID-19.
“JOOX akan sentiasa membawakan siaran langsung bertaraf dunia seperti konsert dalam talian eksklusif oleh Ed Sheeran yang merupakan salah satu artis terbesar di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Konsert tersebut akan disiarkan secara eksklusif di JOOX untuk pengguna VIP Berbayar di Malaysia, Hong Kong & Macau, Indonesia, Thailand dan Myanmar.