Ed Sheeran bakal tunjuk bakat lakonan dalam Game of Thrones
Kohilah Sekaran
Mac 13, 2017 22:17 MYT
Mac 13, 2017 22:17 MYT
PENYANYI terkenal antarabangsa, Ed Sheeran dilapor akan membuat penampilan khas dalam musim ketujuh siri TV popular, Game of Thrones.
Menurut media antarabangsa, Ed diminta untuk menyertai siri itu untuk memberi kejutan kepada pelakon utama siri itu, Maisie Williams yang merupakan peminat setia penyanyi itu.
Williams memegang watak sebagai Arya Stark dalam Game of Thrones.
Perkara itu disahkan oleh penerbit rancangan David Benioff dan Dan Weiss dalam Filem Festival SXSW di Texas, pada Ahad.
“Untuk beberapa tahun, kami cuba mendapatkan Ed untuk menyertai rancangan ini dan kita akhirnya berjaya tahun ini."
Berita itu turut dikongsi oleh Ed menerusi akaun Twitternya, sebentar tadi.
David Benioff dan Dan Weiss juga mengesahkan musim ketujuh ini juga merupakan siri terakhir Game of Thrones yang hanya akan mempunyai enam episod.
Drama itu baru sahaja menamatkan penggambaran dan bakal disiarkan Julai depan.