Ebit Lew dedah sikap terpuji Ustaz Radzi
Gempak
Disember 23, 2018 14:00 MYT
Disember 23, 2018 14:00 MYT
PENDAKWAH yang terkenal panggilan Ustaz Ebit Lew mengakui turut bersedih di atas permergian penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Ustaz Radzi meninggal dunia ketika membuat persembahan Panggung Anniversari pada Sabtu.
Menurut Ustaz Ebit dia sudah lama mengagumi Ustaz Radzi iaitu bekas penyanyi rock kumpulan Melisaa kerana usaha dakwahnya sambal menyanyi.
Namun dia memberitahu agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimanapun bersyukur kerana sempat melihat wajah arwah yang tenang pagi tadi.
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Sebaknya sayunya perginya seorang alim yang dikasihi Ustaz Radzi Melissa. Dulunya penyanyi lagu Cinta Untuk Nabila..lepas hijrah selalu sebut cinta sebenarnya untuk Nabi saw..
“Dah lama saya selalu ingin jumpa dengannya. Suka tengok beliau atas pentas nyanyian tapi buat dakwah. Semalam beliau baru beri kuliah asar dekat Masjid di PJ. Rehlah 3hari. Saya ingin jumpa dengannya.
“Tadi lepas forum tadi saya dan sahabat lain ingin buat street dakwah di kl. Sekali dapat berita sahabat yang dikasihi Ustaz Radzi hari ni niat dakwah di konsert akan bawa semua sahabat lain iktikaf malam ni dan kuliah Subuh beliau esok pagi. Terus bergegas ke sana..
“Takdir Allah dengan jubah kot dan serban niat dakwah meninggal dunia. Rupanya setelah berdakwah dan kuliah setiap hari ini. Niatnya ingin berdakwah pada semua sahabat dan peminat menjadi benar-benar dakwah ingatan.. Peringatan yang mengejutkan semua. Beliau seorang Daie yang hebat.
“Saya amat kagum padanya. Beberapa kali ke Langkawi ingin bertemu dengannya kerana beliau tinggal disana. Takdir Allah saya jumpa dengannya hari ini tapi cuma sempat melihat wajah yang tenang dan tangannya sejuk. Cuma sempat mendoakannya..berjuta rahmat Ustaz dan Daie ini berilah sedikit buat diriku..
“Jenazah beliau baru dibawa ke hospital untuk urusan. Semua anaknya hafiz Al-Quran ada bersama. Doakan semuanya dimudahkan insyaAllah urusan pengkebumian dan urusan keluarganya dari langkawi. Semoga Allah beri ketabahan pada isteri dan anak beliau. Allah sayang beliau. Esok lusa giliran saya dan kita semua-ebitlew,” tulisnya
Ustaz Ebit berkongsi luahan rasanya itu di laman sosial Facebook rasminya.
Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.10 malam Sabtu.
Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan rock, Melissa.
Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.