Ebit Lew bawa 'bidadari' dan anak-anak bercuti di Switzerland

Gempak
Oktober 20, 2021 09:55 MYT
Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland. -Facebook Ebit Lew
PENDAKWAH popular Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland.
Menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.
"Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga.
"Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya," tulis Ebit.
Sumber Facebook ebitlewofficialpage
Perkongsian Ebit mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesejahteraannya semasa bercuti.
"Anda layak untuk menikmati cuti ini. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah," tulis Rohana Yaacob.
"UEL dikenali dengan dakwah yang sangat lembut dan selalu menyebut 'Allah Sayang Kita'. UEL sentiasa berkhidmat dan tersenyum depan semua orang tanpa lelah.
"Sentiasa tunjukkan contoh layanan baik terhadap isteri beliau," puji MohdBaharum Alum.
"Bila selalu buat kebaikan, semua orang mendoakan yang baik-baik," tambah Taqiyuddin Sabqi Jamaliah.
"Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali," kata Anirah Abdullah pula.
Malah, ada juga warganegara Malaysia yang kini menetap di Switzerland mempelawa dermawan itu untuk bertemu di sana.
"UEL, saya di Switzerland. Ingin sangat nak berjumpa ustaz dan keluarga," tulis Sidah Icer.
Malah ada juga yang sempat berseloroh menyatakan lokasi mereka berdekatan dengan tempat yang ditulis Ebit iaitu 'swiss' (merujuk kepada rangkaian hotel popular antarabangsa).
Posting terbabit mendapat 6,000 tanda like daripada pengikutnya selepas hanya 2 minit disiarkan di Facebook.
*Artikel asal di Gempak
#pendakwah #Switzerland #Ebit Lew #bidadari dan anak-anak
;