Dulu 'keji', last-last budak rap juga yang bawa elemen traditional - Altimet
Gempak
Februari 4, 2019 16:00 MYT
Februari 4, 2019 16:00 MYT
PENYANYI rap Altimet mengakui kagum dengan persembahan ditampilkan dalam Anugerah Juara 33 (AJL33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.
Menerusi entri di Twitter, Altimet seolah-olah menyindir sebilangan orang ramai yang mengkritik penyanyi rap dan dikatakan melupakan budaya warisan Melayu.
"Last-last yang bawak elemen traditional kat #AJL33 ni budak-budak rap jugak.
"Ingat tak bila korang kata kami lupa warisan sendiri? Well, kami ingat," tulisnya.