'Dukun' dinobat Filem Terbaik di Anugerah Skrin

Muzaffar Mustapa
November 2, 2018 00:17 MYT
Pengarah 'Dukun', Dain Said, turut diraikan sebagai Pengarah Terbaik (Filem) sempena majlis anugerah berkenaan. - Gambar fail
Filem Dukun arahan pengarah tersohor, Dain Said, meraih trofi Filem Terbaik di Anugerah Skrin yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.
Pengarah filem tersebut turut memenangi gelaran Pengarah Terbaik (Filem) menjadikan beliau antara yang disebut-sebut bakal mengulangi kejayaan sama di Festival Filem Malaysia tidak lama lagi.
Pelakon ikonik dengan imej tular perempuan berkebaya merah Datin Paduka Umie Aida menang mudah gelaran Pelakon Wanita Terbaik (Filem).
Dukun turut memenangi trofi Lakon Layar Terbaik untuk Huzir Sulaiman dan pelakon Nam Ron memenangi gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Filem itu mengisahkan tentang seorang dukun, Diana Dahlan, yang terlibat dalam beberapa misteri pembunuhan yang akhirnya menerima hukuman di mahkamah.
Filem Dukun merupakan antara calon utama dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur yang bakal diumumkan dalam program bual bicara MatLuthfi@astroawani.com pada Sabtu ini.
#Anugerah Skrin #dain said #DUKUN #Filem Terbaik #Umie Aida
;