"Duit semua kena songlap"- Aaron Aziz harap 'scammer' kena blacklist seumur hidup!
Gempak
April 27, 2023 00:15 MYT
April 27, 2023 00:15 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz berharap agar individu yang mempunyai rekod jenayah penipuan atau 'scam' disenarai hitam oleh mahkamah seumur hidup daripada melakukan apa jua perniagaan.
Aaron Aziz, 47, meluahkan rasa terkilannya itu selepas kasihan melihat pihak yang telah rugi dan tidak dapat beraya dengan sempurna selepas terlibat dengan penipuan 'scammer'.
"Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuhnya hidup orang yang pernah ada rekod jenayah scam dari membuat apa sahaja perniagaan.
“Kasihan orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astagfirullah,” kata pelakon filem KL Gangster itu.
Aaron berkongsi perkara berkenaan di aatu hantaran dalam Instagram.
Pelakon warga Singapura itu meluahkan perasaan terkilan dengan kes penipuan yang mempergunakan festival musim perayaan sebagai modus operandi untuk mengaut keuntungan.
Aaron turut mendedahkan dia memahami perasaan mangsa kerana dirinya juga pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan taktik sama.
Dalam ruangan komen rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan saranan aktor itu bagi menyekat penipuan seperti terus berleluasa.
"Abah saya baru kena scam RM55 ribu, dia kata macam kena pukau," komen salah seorang pengguna laman sosial.
“Masih ada lagi ‘scammer’ hidup mewah. Hari-hari naikkan status membeli belah, parti hari jadi setiap bulan,” kongsi salah seorang pengikutnya.