Duit raya banyak atau sikit, tolong hormat rezeki orang bagi - Sharnaaz Ahmad
Astro Awani
Jun 9, 2019 09:25 MYT
Jun 9, 2019 09:25 MYT
Ketika viral isu seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter, pelakon, Sharnaaz turut memberikan pendapat mengenai isu seumpama itu.
Menurut Sharnaaz yang memuat naik status di Instagram Stories , semua orang yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa jumlahnya.
Malah, katanya, jangan ada sikap 'batak duit raya' (satu pihak menuduh pihak yang lain bersalah).
"Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya. Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui," ujarnya.