'Duit boleh dicari, nyawa dan keselamatan anak kena jaga', Hairul dan Hanis kongsi percutian keluarga

Pa and Ma
Oktober 14, 2021 11:33 MYT
Hairul dan Hanis kongsi rakaman video mereka sekeluarga menaiki helikopter ditempah khas untuk pergi bercuti. - Foto Instagram/Hanis Zalikha
KETIKA orang lain sibuk menempah tiket penerbangan ke destinasi pilihan, pasangan selebriti, Hairul Azrin dan Hanis Zalikha membuat keputusan menaiki helikopter peribadi yang ditempah khas untuk membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti.
Semuanya demi keselamatan dua anak mereka dan pastinya bagi mengelakkan kesesakan ketika di lapangan terbang.
Walaupun percutian Hanis dan Hairul ini dianggap kayangan dan ‘next level’ oleh peminatnya, namun tindakan kedua pasangan ini turut sama dipuji.
“Holiday with my family after long time. From KL to Island,” tulis Hairul ringkas.
Malah kata pelakon filem Paskal itu juga, percutian ini juga merupakan percutian yang pertama buat anak keduanya, Alisa setelah ‘berkurung’ lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alisa first time holiday..haha baby MCO,” tulisnya lagi di ruangan komen.
Tidak hanya Hairul, bahkan menerusi Hanis turut memuat naik rakaman video dua anak mereka di akaun Instagram miliknya perjalanan ke pulau sebelum menikmati percutian penuh keindahan itu.
Malah melalui Insta Story pasangan itu turut sama memuat naik beberapa momen mereka ketika berada di dalam helikopter dan sebaik sampai di pulau.
Tidak terkecuali gelagat si comel Alisa yang seakan ‘cuak’ dan tertidur sepanjang perjalanan.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, biarpun ada yang mengatakan ianya sebagai percutian kayangan namun ada juga peminat yang turut sama memuji tindakan kedua pasangan ini.
“Bukan kayangan tapi keselamatan anak-anak”
“Tu dia geng kayangan bestnya. Tahniah, tidak ada kuman campur-campur orang lain.”
“Bukan kayangan, tapi keselamatan anak-anak. Musim COVID-19 nih. Duit boleh dicari, nyawa dan kesihatan kena jaga. Good job.”
“Kalau saya ada duit banyak saya pun akan buat benda yang sama untuk keluarga sebab membahagiakan terutama isteri rezeki lebih mencurah-curah.”
“Next level betul”
Artikel asal di Pa&Ma
#percutian #helikopter #Hanis dan Hairul #COVID-19
;