Duit A. Aida RM200,000 dikebas individu yang dikenalinya
Gempak
Jun 26, 2019 18:00 MYT
Jun 26, 2019 18:00 MYT
KEHIDUPAN pelakon dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida terus diuji dengan dugaan.
Selepas mengumumkan perkahwinan kali keempatnya musnah, dia duga pula dengan kehilangan RM200,000 selepas dicuri baru-baru ini.
Katanya, wang sebanyak itu dalam bentuk pelaburan hilang menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.
Media difahamkan, Aida mengenali individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Sehubungan itu, Aida telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut pada 21 Jun lalu.
“Tak nak komen banyak tapi memang betul, saya dah buat report polis. Sekarang ini dalam penyiasatan. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.
“No comment, biar pihak polis yang jalankan kerja mereka dan laporan dilakukan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang,” jelasnya.
Aida berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka A Aida Productions bertempat di Wisma Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.
Kata Aida, dia menyedari duitnya hilang sebaik pulang dari bercuti di Mesir pada 1 Mac lalu.
“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.
“Saya tak mahu komen banyak dan saya serahkan segalanya kepada polis,” jelasnya
Pada minggu lalu, Aida mengumumkan rumah tangga keempatnya yang dibina dengan pelakon Arif Aziz musnah.
Rumah tangga mereka berusia kurang setahun.
Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu, sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timu
Perkahwinan pertama Aida ialah dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994 dan bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Wan Az Aleesa, 21, dan Wan Azevanatassha, 16.
Aida kemudian berkahwin dengan pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2007, namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2013.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 9.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun identiti suami keduanya itu tidak pernah didedahkan.
BACA: A. Aida, Ariff Aziz bercerai April lalu
#A Aida
#Duit A Aida RM200 000 dikebas invidu yang dikenalinya
#duit kena kebas
#pelakon
#penerbit
#RM200 000
#Zaidah Awang