Dua Lipa luang masa bersama Anwar di New York

Asyraf Roslan
Julai 17, 2019 14:00 MYT
Meskipun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mereka sedang bercinta, namun kedua-duanya dikatakan sering meluangkan masa bersama. - Instagram
PENYANYI Dua Lipa dikatakan meluangkan masa bersama Anwar Hadid, adik kepada model terkenal Gigi Hadid semasa di New York baru-baru ini.
Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka, perkembangan terbaru itu menguatkan lagi spekulasi yang mereka kini sedang hangat bercinta,
Menurut laporan media antarabangsa, Anwar juga dilihat berada di konsert Prime Day Amazon di New York baru-baru ini bagi menyaksikan persembahan penyanyi yang popular dengan lagu New Rules itu.
Malah jurugambar bebas juga sempat merakam foto dia ditemani kakaknya, Gigi Hadid memasuki pintu belakang pentas tersebut.
Anwar, 22, dan Dua Lipa, 23, dikatakan berkenalan secara rapat selepas Dua berpisah dengan kekasihnya, Cef Issac Carew, 32, setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta.
Mereka berdua juga dikatakan pernah meluangkan masa bersama-sama di Los Angeles bersama.
#Anwar Hadid #artis #Dua Lipa #Gigi Hadid #penyanyi #selebriti
;