Dua Lipa berjubah, bertudung lawat masjid di Abu Dhabi
Madiha Abdullah
Februari 27, 2018 19:34 MYT
Februari 27, 2018 19:34 MYT
KETIKA berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu untuk konsertnya beberapa hari lalu, penyanyi antarabangsa, Dua Lipa, tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik di kota metropolitan itu.
Antara yang sempat dilawati penyanyi lagu New Rules itu ialah Masjid Sheikh Zayed yang terletak di Abu Dhabi.
Dalam kemaskini di laman sosialnya, penyanyi berketurunan Albania itu berkongsi beberapa keping gambar masjid berkenaan, selain meluahkan rasa kagum terhadap kecantikan seni bina masjid ketiga terbesar di dunia itu.
"Satu penghormatan dapat menjejak kaki ke masjid yang indah ini. Terima kasih," tulisnya.
Lipa sehingga kini tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya, namun ramai mendakwa dia seorang Muslim memandangkan ibubapanya berasal dari Kosovo.
Peminat juga tidak ketinggalan memuji penampilan Lipa yang cantik bertudung dan berjubah, berbeza dengan penampilan kebiasaannya yang seksi.
Malah fesyen yang dikenakan Lipa dalam konsert di bandaraya itu juga sopan, apabila memilih memakai dress longgar ala kimono dan seluar panjang untuk menghiburkan kira-kira 3,000 peminatnya.
#Abu Dhabi
#Albania
#Dua Lipa
#Emiriah Arab Bersatu
#konsert
#Kosovo
#masjid
#Masjid Sheikh Zayed
#Muslim
#Twitter