Dua isteri hamil, Ashraf Muslim mohon peminat doakan yang terbaik
Gempak
Ogos 30, 2015 13:28 MYT
Ogos 30, 2015 13:28 MYT
Pelakon Ashraf Muslim telah memuat naik satu foto yang menampakkan 'baby bump' kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi foto tersebut jelas terpancar kegembiraan di wajah Noor Dayana yang hamil empat bulan selepas beberapa tahun menanti penuh sabar.
Manakala kandungan isteri keduanya, Wan Sakinah yang sudah mencecah lapan bulan bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.
Sebagai ketua keluarga, ternyata Ashraf Muslim yang tidak dapat menyembunyikan rasa gembira memohon supaya peminat mendoakan supaya proses bersalin berjalan dengan lancar selain kesejahteraan mereka.
“Alhamdulillah.. Hanya hatiku yg tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah dgn setiap kehendakNya. Hanya SABAR yg mengajar erti kehidupan yg lebih bermakna.
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa isteri2ku, tenangkanlah hati mereka setiap masa, jgn sesekali beri mereka kesakitan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak, janganlah ada komplikasi pada mereka.
"Permudahkan segala urusan, lindungilah mereka dalam apa jua keadaan, lahirkanlah anak kami sihat tubuh bdnya, sempurna sifatnya, baik akhlaknya dan hidupnya kelak hanya untukMu Ya Allah. #cinta #Allah #myfamily #keluargakusyurgaku.” tulisnya.
Rata-rata peminat memberikan komen positif dan mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia tersebut.