Dua bulan bersalin, Jihan belum dedah wajah anak

Sinar Harian
Mac 23, 2018 13:33 MYT
Menerusi Instagram peribadinya, Jihan telah memuat naik gambar persandingannya bersama suami dengan bersempena sambutan ulangtahun kedua perkahwinannya. - Foto IG @jihanmuse
DALAM pada keterujaan peminat meraikan kelahiran cahaya mata sulung penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhamad Jiwa Isnin lalu, ramai juga yang terntanya-tanya tentang perkembangan terkini Jihan Muse selepas bergelar ibu.
Apatah lagi, Jihan sehingga kini masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka, biarpun sudah hampir dua bulan dilahirkan.
Malah, pelawak dan pengacara Gegar Vaganza yang kini masih dalam proses berpantang itu juga belum berkongsi nama penuh cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon Ungku Hariz, sebaliknya hanya memanggilnya dengan gelaran Baby Ninja.
Menerusi Instagram peribadinya, Jihan telah memuat naik gambar persandingannya bersama suami dengan bersempena sambutan ulangtahun kedua perkahwinannya.
Pada kapsyen gambar tersebut, Jihan telah memohon agar para peminat mendoakan kebahagiannya sekeluarga
“Wahai sekalian rakyat siber!! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini, beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari. Maafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.
“Kalau sakit hati sangat, simpan sambung esok. Harini off segala badmood. Badvibes. badmouth. Marilah jadi citizen of net yang baik.
“Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum,” tulisnya dalam nada jenaka.
Berikutan itu, para peminat dan pengikut Jihan turut mengambil kesempatan bertanya tentang cahaya mata mereka berdua dan meminta agar Jihan segera memperkenalkan kepada umum.
Semestinya ramai peminat Jihan yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata pasangan ini selepas melihat beberapa selebriti lain telah mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.
Bagimanapun, Jihan dan suami tentunya mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk menunggu masa yang paling sesuai bagi memperkenalkan putera sulung mereka itu.
#Baby Ninja #bayi #Gegar Vaganza #Jihan Muse #keluarga #Khalid Muhamad Jiwa #selebriti #Siti Nurhaliza #Ungku Hariz
;