Dr. Rozmey terbit program 'Rebuilt Gaza'

Astro Awani
Januari 23, 2013 12:08 MYT
Selepas filem ‘2 Alam’, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din bakal muncul dengan sebuah rancangan televisyen.
Program realiti itu bakal dikendalikan Afdlin Shauki di samping angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Yayasan Dr. Rozmey memperuntukkan RM500,000 untuk program televisyen yang berjudul ‘Rebuilt Gaza’.
‘Rebuilt Gaza’ adalah salah satu projek tanggungjawab sosial untuk penduduk Palestin.
Usahawan produk kesihatan itu turut mengumumkan hasil jualan program itu akan dimasukkan dalam dana pembinaan semula Gaza.
Selain ‘Rebuilt Gaza’, Yayasan Dr. Rozmey memperuntukan RM1.5 juta bagi membina sebuah masjid di Khan Yunis.
#Afdlin Shauki #Datuk Dr. Che Rozmey Che Din #Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor #rebuilt gaza