Dr. Puteri Julia hamil, Ziela Jalil bakal jadi nenek

Gempak
Januari 3, 2019 06:00 MYT
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia menerusi entri terbaru di akaun Instagram(IG)nya pada Rabu. - Foto Instagram
TAHUN ini merupakan tahun paling bermakna buat penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anak sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah kini hamil.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia menerusi entri terbaru di akaun Instagram(IG)nya pada Rabu.
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
Coretan itu turut disertakan dengan foto imbasan ‘ultrasound’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikunya mengucapkan tahniah kepada Julia dan juga Ziela yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Foto: Instagram @juliamjunid
#anak #Dr Puteri Julia Nabilah #Instagram #pelakon #Puteri #Ziela Jalil
;