#DopeWeddingCongratz: Taeyang dan Min Hyo Rin sah bergelar suami isteri!
Isabelle Leong
Februari 3, 2018 06:41 MYT
Februari 3, 2018 06:41 MYT
ANGGOTA kumpulan Big Bang, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Sabtu.
Majlis berlangsung di sebuah gereja di wilayah Gyeonggi, Seoul dan dihadiri keluarga, rakan rapat serta rakan sekerja pasangan tersebut.
Antara yang hadir termasuk anggota kumpulan Big Bang, CL, Dara, Ki Tae Young, Zion. T, Ra Mi-Ran, Cha Tae Hyun, Se7en dan BLACKPINK.
Pelakon "Make Your Wish" Ki Tae Young dipilih mengendalikan majlis perkahwinan manakala Zion T tampil mempersembahkan lagu bagi meraikan pasangan kekasih ini.
Suatu majlis ‘after party’ turut diadakan dan dikendalikan oleh Big Bang Daesung di mana CL serta Big Bang Seungri tampil untuk membuat persembahan.
Youngsong Martin, yang terkenal dalam menghasilkan hiasan adegan perkahwinan Edward dan Bella dalam filem Twilight, turut menjadi perancang perkahwinan pasangan K-Pop ini.
Youngsong yang merupakan kenalan rapat pasangan tersebut merancang agar majlis ini dapat menonjolkan kecantikan Hyo selain menggambarkan rasa cinta pasangan itu.
Hashtag #DopeWeddingCongratz menjadi trending selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.
Menerusi hashtag tersebut, rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.
Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015.
Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2014 ketika menjalani rakaman video muzik Taeyang berjudul "1AM".
Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini!
#Big Bang
#BLACKPINK
#Cha Tae Hyun
#CL
#Daesung
#dara
#DopeWeddingCongratz
#Gyeonggi
#Ki Tae Young
#Min Hyo Rin
#perkahwinan
#Ra Mi-Ran
#rakaman
#Se7en
#Seoul
#Seungri
#Taeyang
#Twilight
#video
#Youngsong Martin
#Zion T