Don Sulaiman nama pilihan anak ketiga Ustaz Don

Astro Awani
Februari 18, 2019 08:00 MYT
USTAZ DON dan isteri berkongsi wajah anak lelaki ketiga mereka di Instagram. - Gambar Instagram Husna Zahry
DON Sulaiman menjadi nama pilihan buat anak ketiga penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang dilahirkan seminggu lalu.
Khabar gembira itu dikongsi isteri Ustaz Don, Dr Husna Zahry di laman Instagram peribadinya pada Ahad.
Husna turut berkongsi beberapa video pendek dan mendedahkan wajah anaknya selepas bayi lelaki itu menjangkau usia tujuh hari.
“Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Today is the seventh day of existence of the latest addition to our little family.
“Introducing Don Sulaiman bin Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustafa bin Hamidon bin Abdul Qahar bin Sulaiman
“Indeed, having this 3rd child was a different experience altogether," kata Husna lagi.
Pasangan berkenaan juga merakamkan penghargaan kepada semua yang berdoa serta mengucapkan tahniah selain mengirim hadiah buat mereka sempena kelahiran Don Sulaiman.
#Don Daniyal #Don Sulaiman #penceramah